Sabtu, 04 Agustus 2012

Download Nasyid Full Album : In-Team - Kasih Kekasih


Latif Sharing : Kumpulan In-Team merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Nasyid yang kebanyakannya berbahasa Melayu dan Arab.
 
Secara rasminya, kumpulan In-Team ditubuhkan dan bernaung di bawah HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT pada bulan Januari 1998.

Setelah beberapa kali tercalon pada majlis Anugerah Industri Muzik, akhirnya pada tahun 2010, Kumpulan In-Team berjaya merangkul anugerah menerusi lagu Dia Muhammad dan album Allahu Rabbi. Lagu Dia Muhammad diiktirah sebagai Lagu Nasyid Terbaik manakala album Allahu Rabbi diangkat sebagai Album Nasyid Terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik ke-17 yang berlangsung pada 2 Mei 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Kumpulan In-Team terdiri daripada 4 orang anggota asal.Kemudian kepada 4 orang tetapi berubah ahli setelah Hisyam keluar dan digantikan dengan Abdul Rahim.Kini setelah Suhaimi menarik diri, Inteam kekal dengan hanya 3 orang ahli.

Mohd Syahril bin Abdul Khalid. Mohd Syahril bin Abdul Khalid merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan In-Team. Mohd Syahril bin Abdul Khalid mendapat pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak dalam jurusan Kejuruteraan Otomatif. Mohd Syahril bin Abdul Khalid dilahirkan pada 1981. Berasal dari Kesang Tua, Melaka.

Mohd Suhaimi bin Saad. Mohd Suhaimi bin Saad merupakan salah seorang bekas anggota kumpulan In-Team (2001-2005). Beliau kini bergerak secara solo di bawah pengurusan sendiri ‘karyamosus’. Mohd Suhaimi bin Saad dilahirkan pada 12 Oktober 1980 bersamaan 2 Zulhijjah 1400. Berasal dari Felda Tementi Triang, Pahang. Berkahwin dengan Nordiana Md Naim pada 12 Ogos 2007 dan mempunyai seorang anak lelaki Ehmad Hadie Elfardie.

Muhammad Hazamin bin Harun. Muhammad Hazamin bin Harun merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan In-Team. Muhammad Hazamin bin Harun mendapat pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak dalam jurusan Mekatronik. Muhammad Hazamin bin Harun dilahirkan pada 1981. Berasal dari Termeloh, Pahang.

Abdul Rahim bin Osman. Abdul Rahim bin Osman dilahirkan pada 1981, merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan In-Team. Beliau berasal dari Segamat, Johor.

Hisyam bin Ahmad. Hisyam bin Ahmad merupakan bekas anggota kumpulan In-Team. Hisyam bin Ahmad mendapat pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak dalam jurusan Ilmu Wahyu. Beliau dilahirkan pada 1 Februari 1980. Setelah keluar daripada In-Team,Hisyam kemudian menubuhkan kumpulan nasyid sendiri iaitu DeHearty, namun masih mengekalkan hubungan baik dengan anggota asal In-Team.

Berikut  tracklist dari album  In-Team - Kasih Kekasih :

0 komentar:

Posting Komentar

Download Mp3 Majelis Jejak Nabi

Translate

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons